Morning semua,

Bangun sudah si burung hantu๐Ÿ˜‚. Sudahlah nama timangan dulu2 masa sekolah rendah c puok (burung hantu) sebab mata terlalu besar hihihi....

Sy mau clarify cerita sy pasal post moginakan kelmarin.Tiada niat lain kecuali mengimbau kenangan bagaimana suatu masa dahulu raya diraihkan di kampung saya oleh non muslim. Emm...sy tdk tau kalau d tmpt lain ada ni jadi sy cakap kampung saya saja.

Moginakan ni satu tradisi di mana kami akan bawa hadiah/pertukaran barang kepada Sobat/Sahabat muslim yang meraihkan hari raya. Yang specialnya,kami tidak mengenali mereka (bukan saudara mara)...kami datang bawa saging (tempat simpan barang yang dipikul di belakang) yg penuh dengan hasil pertanian dan kraf tangan. Akan ada keluarga muslim yang akan menanti (bg mereka yg mahu kunjungan),& ada juga yang kami akan datang rumah ke rumah jika mereka sudi menerima kami sebagai tetamu dan menerima barangan yg kami bawakan.

Amazingly,100% dari rombongan kami akan diterima oleh keluarga muslim untuk sama2 menyertai mereka meraihkan hari raya.

That special year, my mother & me diterima sebagai tetamu oleh seorang ibu dan anak perempuannya. Mereka hanya berdua dan sepanjang 1 hari 1 malam sy dengan mereka, tiada kunjungan keluarga berlaku.

Why? Seorang anak lelaki dia sudah meninggal dunia. Seorang lagi bekerja sebagai askar...tdk dpt balik ke rumah. Dan anak perempuannya tidak pernah berkhawin.

I can't help but thinking, wow...kunjungan saya kali ni membawa makna pada keluarga ini.

Bagi saya ini bukanlah amalan beraya yang biasa...kmu pun tahu kan sebelah bapa sy banyak muslim. Dan ini lebih kepada pertukaran barang-barang yg kami bawa kepada kuih muih akan diberi apabila kami berangkat pulang. Ini juga bukan usaha menjodohkan sesiapa. Juga tiada kaitan keagamaan di situ.

Bagi saya, this is our way to offer friendship and companion to others.

Amalan ini mungkin tidak lagi diteruskan kerana banyak faktor BUT if you wonder why I am having different view from anyone you know....that because our PAST is different.


THIS IS MY RAYA EXPERIENCE &I ❤IT.

Do you have one? Share it!!

Comments

Popular posts from this blog

One step a day for now i am okay with it

Dream house